About Me

My photo
Malaysia
im ikha .nearly 20 on this 18 july..surely im cancer.im malay..studies at poly jay bee..im not to fool to blieve someone in just 1 minutes.im try to being someone,maybe.;D being me not hard..im simple..just as another TEENAGERS out there who just try to make own decision and try the best to success in whole life..im not arrogant.im friendly..im luv shopping ..i luv freelyfe.freestyle..i hate hypocrites.liars.and bitch absolutely.. but not too being cruel..seriosly im happy with my life now..hate me?why must i care? cauze i hate u more than u hate me.and try stay away from my life or i being ur nightmares;D

Friday, August 7, 2009

prktikal!!!

hahahaha..skenye aq..prktikal aq da abez dgn jayanye...stelah sbulan aq brhempas pulas urat2 otak aq tok c apkan rport...akhirnya,aq dpt gak c ap kan..dterima or x..aq xtau..hrap2 xdrject..huhuhu..thankz kat bro2 n sis2 yg byk tlg aq wk2 aq ngah praktkal..arigato!!!!!!...klo ad mse,kte jmpe ag...doa2kan r aq dpt smbg dgree...skang da nek sem 5..sme sbjek killer gban..skt otak aq..pnt2..'automasi p'indstrian n rbotik','pneumtik n hdraulik','PLC','sstem kwalan',n tah pe ag...adoyai..skang time tok stdy lak..da xley men2..kang ad lak yg dpt traf sem 7 lak..

Tuesday, June 2, 2009

miz my fmly damn much!!!


waaaa!!!!
aq rndu gler kt fmly aq..da 5 bln aq xblik kg..
huhuhu..rndugler vavvy sey...
mak..abah..alg..ira..zaim..adik n mimi..
aq da r ngah rndu gler..
tbe2 smlm,ira send mms kat aq..
pic adik n mimi..
aq tgk mimi da bso..skamg mimi da dpt adeq bru..
dlu aq last tgk dye..dye kck ag..
cml gle ..tp skang aq tgk mimi da cm ank cina..
hahha...mak ckp..skang mimi da pndai mrajuk..da pndai men kat lua umah ngan adik aq,yusra...
eiiiiiii!!!!!!!
xsbo sey nk blik..
sbo2..
ag bpe ari ag aq akn bbs dr cnie..
haha..freeee from d suckz lifez...
da lme xmkn mskn mak aq..
aq bkal dpt ank sdare...hihi..sonoknyer..
1 time lo ktekan...insyaallah..
alg bru bpe bln prgnnt..
hik3..xcted lak nk ad ank buah..
huhuhu..
papepowm..
2nggu je lo kpulngan aq nnt...
yaaaatttttttttttttaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Monday, April 27, 2009

take a time 2 read!!

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. .
Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. .
aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon ibu...

Motor ku VS Kete ku

Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak

Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).

Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete

Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh

Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.

Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi

Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.

He he,
Sekadar hiburan semata-mata. Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tertoreh kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran.

Sunday, April 26, 2009

sbuah kisah!!

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, “Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. “Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Thursday, April 16, 2009

relax2 kn ati..

s'times kite berdoa tp kenapa byk dugaan?
s'times kite minta cerdik,tp masalah lak yg timbul..
s'times kite minta bahgia,
tp huru hara lak jadi...
dugaan jadikan kite kuat,
masalah buat kite berfikir,
huru hara menjadikan kite tabah..
hebat tak allah???semua ade hikmah..

Thursday, April 9, 2009

MY CUK>>



_i'm taken by him n
pr0udly t0 b him
we bel0ng t0gether since 23jun2008
d0nt ever dare t0 cr0ss da
line n n0 0ne can st0p us_